Aspek Akidah
- Berpegang Kepada Konsep Pluralisme. Konsep ini adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran Liberal. Mereka menganggap semua agama sama rata dan tarafnya merujuk Realiti Yang Agung.
- Akal Manusia Sebagai Wahyu. Aliran ini membahagi Wahyu kepada 2 kategori iaitu wahyu yang ditulis dan wahyu yang tidak ditulis. Wahyu yg bertulis ialah Al Quran manakal wahyu yang tidak di tulis ialah Akal.
- Meragui Ketulinan Al Quran. Aliran ini mendakwa Al Quran diresapi dengan budaya Arab. Dan mereka menganggap Al Quran tiada kesahihan yang sebenar cuma hanyalah massage budaya Arab.
Aspek Syariah
- Mempersoalakan Metodologi Pentafsiran Al Quran dan Hadith. Mereka melaungkan slogan " membuka dan membebaskan tafsiran Al Quran". Mereka mendakwa tidak mempercayai wujudnya syurga dan neraka.
- Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat. Aliran pemikiran ini menggunakan alasan untuk memajukan dan menganjurkan agar teks-teks Al Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran baru dibuat.
- Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian. Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yg dimilik oleh Rasullullah s.a.w. Mereka menganggap sesiapa pun boleh bersifat Nubuwwah untuk memimpin manusia kearah ciri-ciri yang baik. Malah cerita Isra' dan Mikraj hanyalah bahan cerita yang sengaja diperbesarkan oleh pengikutnya.
- Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam. Ilmu Islam seperti Ulum Tafsir, Ulum Fiqh dan Ulum Hadith dianggap sebagai metod dalam displin ilmu. Penentuan hukum qat'ie dan tidak qat'ie perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dam membebaskan Islam melalui tafsiran baru.
- Sikap Terhadap Hukum. Aliran ini mempunyai kaedah yg tersendiri apabila merujuk kepada hukum Fiqh iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
BERDASARKAN KEPADA CIRI CIRI PENYELEWENGGAN TERSEBUT MUZAKARAH KALI KE 74 PADA 25-27 JULAI 2006 MEMUTUSKAN BAHAWA PEMIKIRAN LIBERAL ADALAH SESAT DAN MENYELEWENG DARIPADA SYAIAT ISLAM.