DEFENISI
Kemunculan fahaman Salafiyyah al Wahhabiyyah bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Namun pemerhatian penulis mendapati bahawa ramai du kalangan kita masih kurang jelans dengan pengertian ini.
LAFAZ AL SALAFIYYAAH AL WAHHABIYYAH
Lafaz ini berasal dari 2 perkataan arab iaitu salaf ( سلف) dan wahab ( وهاب ). lafaz salaf membawa maksud pelbagai. Manakala lafaz wahab bermaksud memberi, anugerah, kurnia.
Apabila lafaz salaf ditambah huruf Ya Nisbah ( ي) maka menjadi perkataan salafiy ( السلفي). Ia bermaksud generasi umat islam yang terawal terdiri dari kalangan nabi s.a.w, para sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in.
Apabila lafaz salafiy ditambah dengan Ta' Marbhutah (ة) maka menjadi salafiyyah ( السلفية). bermaksud orang-orang yang menisbahkan fahaman mereka kepada pegangan al salaf. oleh itu segala fahaman dan pengangan hidup mereka seharusnya bersumberkan metodologi generasi al salaf sepenuhnya. Tanpa prinsip ini lafaz al salafiyyah hanya sekadar jenama yang gah mengikut tafsiran bebas semata- mata.
Manakala wahhab jika dipergunakan dalam kajian ini maka pengertiannya merujuk kepada fahaman Syeikh Muhammad bin Abd Al Wahhab. Lafaz al Wahhabiyyah pula bermaksud sebilangan golongan menjadi pengikut pegangan dan perjuangan Syeikh Muhammad bin Abd Wahhab.
ALIRAN WAHABI
Golongan Wahabi adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad bin Abd Wahhab pada kurun ke12 hijrah di Nadj Jazirah Arabiyyah. Fahaman ini dikenali juga sebagai Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada tahun 1930-1950.
Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bida'ah dalam masalah furu' semata- mata akan tetapi golongan ini membawa bida'ah yg besar dalam masalah aqidah.
Di antara ajaran golongan ini bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah ialan mereka menolah dan merendahkan pengajian sifat 2o Allah. sebaliknya mereka membawa kaedah tauhid yang baru iaitu pembahagian Tauhid ada 3.
PANDANGAN TAUHID 3 DISISI WAHABI
Tauhid Rububiyyah
Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala. kononnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah. sementara berhala merupakan pengantaraan antara hamba dan Tuhannya.
Tauhid Uluhiyyah
Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata mata dengan tiada sebarang perantaraan makhluk.
Tauhid Asma wa Sifat
Beriman dengan ayat ayat mutasyabihat secara zahirnya.