Jumaat, 7 Mei 2010

ALKITAB

Alkitab atau Kitab Injil adalah kitab suci penganut agama Kristian. Alkitab dibahagi kepada dua bahagian utama: Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama. Bahagian-bahagian utama ini disebut "Perjanjian" kerana Tuhan bangsa Israel atau Yahweh membuat perjanjian. Kali pertama di antara Musa dengan orang Yahudi dan kali kedua antara Yesus Kristus dengan seluruh kaumnya.

Hampir semua buku Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Ibrani, kecuali beberapa bahagian daripada kitab Daniel yang ditulis dalam bahasa Aramia sedangkan semua buku Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Yunani.


Berdasarkan isinya dan gaya penulisan, Perjanjian Lama dapat dikelompokkan menjadi 5 bahagian utama iaitu Kitab Taurat (5 kitab), Kitab Sejarah (12 kitab), Kitab Puisi (5 kitab), Kitab Nabi-nabi Besar (5 Kitab) dan Kitab Nabi-nabi Kecil (12 Kitab). Sementara pengelompokan untuk Perjanjian Baru adalah Kitab Berita Baik atau Injil (4 Kitab), Kitab Sejarah (1 Kitab), Kitab Surat Rasuli (21 Kitab) dan Kitab Wahyu (1 Kitab). Jumlah kitab dalam Wasiat Lama adalah 39, manakala jumlah kitab dalam Wasiat Baru adalah 27. Maka seluruh kitab Bible mengandungi 66 kitab.

Selain itu semenjak dahulu ada perbincangan tentang kanun Alkitab yakni penetapan kitab-kitab yang bolah dianggap sebahagian dari Alkitab. Pada abad ke-3 Sebelum Masihi, Alkitab Ibrani atau Tanakh diterjemahkan dalam bahasa Yunani. Oleh yang demikian, kitab2 yang terlalu banyak dikumpulkan menjadi 1 kitab dan diberi nama BIBLE.
Bible ini menjadi keraguan sama sekali. Kerana kitab-kitab yang ada diolah mengikut peredaran zaman.

Penterjemahan Bible kedalam bahasa Melayu telah wujud sekitar tahun 1612 masihi oleh seorang pedagang Belanda bernama Albert Cornelius Ruyl. Terjemahan dari kitab Injil Matius. Kemudian muncul penterjemahan kitab kitab ini dari pelbagai tempat dan berterusan sehingga sekarang. Banyak terjemahan dari Perjanjian Baru telah diterjemah ke pelbagai edisi dan berlaku beberapa ulangan cetakan.

Didalam kitab kitab ini terdapat pelbagai bahasa seperti bahasa Greek, Yunani,Aramia dan sebagainya. Oleh yang demikian kitab kitab ini telah diambil dari zaman nabi Daniel dan ditulis semula serta ditokok tambah oleh penulis. Jadi kesucian sesuatu kitab suci telah tercalar apabila sesuatu ayat ditambah atau dibuang.

Kami sebagai umat Islam beriman kepada kitab Taurat, Zabur dan Injil serta Al Quran yang diturunkan kepada nabi Musa, Daud dan Isa serta junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w. Dan kami meragui kitab Bible yang dikatakan oleh agama Kristian sebagai suci.

"Sesungguhnya agama yang diredhai oleh Allah adalah Islam". Kami berikrar dan bersaksi " Tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad itu rasul dan utusan Allah".

Tiada ulasan: